Sunday, October 6, 2013

Susah dahulu Senang kemudian

Assalam bloggers semua.. 

Saya dah lama tergerak hati untuk share sedikit kisah "rahsia kesenangan di sebalik kesusahan dan ujian Allah s.wt." yang saya baca di blog ini. Mungkin cerita ini boleh kita ambil iktibar buat diri saya sendiri dan semua yang membaca...

"..musibah,ujian yang melanda kita, ini semua bertujuan untuk menguji sejauhmana iman, kesabaran, keyakinan kita kepada Allah SWt.Mungkin kita sering menganggap bahwa manusia yang ditimpa ujian ini, adalah golongan manusia yang berdosa, bahkan ia berlaku pada manusia yang taat padaNya, ini semua untuk menguji keimanan kita, benarlah sabda Nabi SAW: “Apabila Allah menyayangi sesuatu kaum maka diujinya, bagi sesiapa yang redha maka baginya keredhaan itu, dan bagi sesiapa yang marah baginya kemarahan itu”..Sedarlah… tidak akan datang kelapangan melainkan selepas kesabaran dan tiada kesenangan melainkan selepas merasai kesusahan, ” Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan”, Insyirah:5.

Mari kita ambil ibrah dari kisah Nabi Allah Ayub AS yang mana Allah telah mencabut kenikmatan yang diperolehinya,yang mana dalam tempoh 18 tahun, beliau menderita tak mampu bergerak, kehabisan harta, kehilangan dan kematian anak, tapi apa yang berlaku pada beliau??, beliau terus bersabar dan Allah puji beliau atas kesabarannya, ” Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dia sebaik-baik hamba. Sungguh dia sangat taat (kepada Allah)”. Sad:44. Bersama pujian itu, Allah mengembalikan kepadanya kesihatan, mengurniakan beliau anak yang ramai, maka benarlah janji Allah disebalik kesulitan itu terselit seribu kemudahan, tapi ingat!!.. semua ini hanya untuk hambanya yang beriman dan percaya kepada kelebihan dan kasih sayangNya. "Orang yang benar-benar beriman, mereka akan menunggu kelapangan, kemudahan dan kemenangan dari Allah SWT. Mereka takkan berputus asa, tidak merasa lemah, atau bertindak mengikut hawa nafsu sebaliknya mereka sentiasa muhasabah diri di samping kesusahan yang ditempuhi. Mereka juga sering mencari sebab untuk menyelamatkan diri, menyerahkan segala urusan hanya pada Khaliqnya, merasa cukup dengan berada di bawah lindungan Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT bersama dengan orang-orang berbuat kebaikan.

Antara kata2 Mustafa Sodiq Rafie’ -rahimahul Allah-:“Diumpamakan bencana itu dengan sebiji telur, ia memenjarakan isinya, dan Dia menjaganya, memeliharanya dan menolongnya mencapai tahap kesempurnaan, tiada lain baginya kecuali sabar menunggu tempohnya, dan redha untuk sampai kepada ghoyahnya, kemudian dibiayainya telur itu, maka keluarlah satu makhluk darinya”...

Kesimpulannya.. kita harus bykkan bersabar.. dan sentiasa semat didalam hati bahawa setiap ujian atau kesusahan yg kita lalui hanyalah ujian Allah utk memberikan kita kesenangan.. dgn syarat kita perlu bersabar... seperti dijanjikan Allah dalam Surah At-Talaq (ayat 7):"Allah akan memberi kelapangan selepas kesempitan”. Talaq:7. Hayatilah dan renung2kan makna ayat ini..supaya kita merasai ketenangan jiwa ketika menghadapi kesusahan. Renung-renungkan... 




-with love-
AJ


No comments:

Post a Comment

BOUTIQUE QUALITY BAG UNTUK HARI RAYA 2023

Assalamualaikum dearies...  Ramadhan mubarak....  Mesti semua dah terfikir-fikir "macam mana laa sambutan raya aku tahun ni kan...?&quo...