Monday, October 21, 2013

Kenapa tidak berjaya lagi dari segi kewangan?

Salam and Hai bloggers... 

Ha, mlm2 gini bru senang nk update blog... + I just want to share this q&a from #Dr. Azizan Osman, my motivator in business... Yess, ramai org nk kaya dan berjaya dlm kehidupan sehinggakan kadang2 kita lalai dan terlupa utk bersyukur.. Ya lah, setiap apa yg kita perolehi sebenarnya dr yg Maha Esa kan.. Janganlah selalu merungut dan takbur dgn apa yg ada di dunia.. Benda x nampak mcam ni bg slalu kita kena remind diri masing2 kan...?? JOm baca apa soalan dan jawapan Dr. Azizan ni.. 


Soalan : Kenapa saya tidak berjaya lagi dari segi kewangan?

Jawapan:

1- Sebab anda tidak cukup bersyukur. Orang berjaya tidak fokus kepada apa yang TIDAK BERJAYA dilakukan tetapi fokus kepada apa tindakan yang mereka berjaya lakukan dan bersyukur

2- Anda pernah duduk dan perhatikan adakah anda berada di situasi kewangan sebagai pekerja, berniaga dan/atau melabur? Jika anda bekerja, kenaikan gaji dan pendapatan anda adalah terhad, tetapi jika berniaga atau melabur, anda mempunyai lebih pilihan dan kuasa untuk meningkatkan pendapatan anda.

3- Kuasa merubah kewangan kita di dalam perniagaan bergantung kepada kuasa Doa & tawakal, kuasa Ilmu, kuasa strategi, kuasa tindakan luar biasa, kuasa fokus, kuasa menyumbang/memberi, kuasa istiqomah, kuasa ikhlas, kuasa syukur, sabar, redha dan kuasa minda postifi. Jangan lupa juga lihat bagaimana kita menarik keberkatan ke dalam hidup kita dengan check solat kita 5 waktu, solat sunat dhuha dan tahajud, sedekah, hubungan kita dengan ibu bapa kita dan suami/isteri/anak-anak samada kita cukup gembirakan mereka atau tidak dan tidak lupa juga adakah kita bersangka baik dengan Tuhan.


Orang yang banyak merungut kepada Allah swt akan hidup penuh rungutan.


Rezeki adalah banyak di sekeliling kita tetapi adakah minda kita dan ilmu kita tahu bagaimana mencapainya?


#DrAzizanOsman



Sunday, October 6, 2013

Susah dahulu Senang kemudian

Assalam bloggers semua.. 

Saya dah lama tergerak hati untuk share sedikit kisah "rahsia kesenangan di sebalik kesusahan dan ujian Allah s.wt." yang saya baca di blog ini. Mungkin cerita ini boleh kita ambil iktibar buat diri saya sendiri dan semua yang membaca...

"..musibah,ujian yang melanda kita, ini semua bertujuan untuk menguji sejauhmana iman, kesabaran, keyakinan kita kepada Allah SWt.Mungkin kita sering menganggap bahwa manusia yang ditimpa ujian ini, adalah golongan manusia yang berdosa, bahkan ia berlaku pada manusia yang taat padaNya, ini semua untuk menguji keimanan kita, benarlah sabda Nabi SAW: “Apabila Allah menyayangi sesuatu kaum maka diujinya, bagi sesiapa yang redha maka baginya keredhaan itu, dan bagi sesiapa yang marah baginya kemarahan itu”..Sedarlah… tidak akan datang kelapangan melainkan selepas kesabaran dan tiada kesenangan melainkan selepas merasai kesusahan, ” Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan”, Insyirah:5.

Mari kita ambil ibrah dari kisah Nabi Allah Ayub AS yang mana Allah telah mencabut kenikmatan yang diperolehinya,yang mana dalam tempoh 18 tahun, beliau menderita tak mampu bergerak, kehabisan harta, kehilangan dan kematian anak, tapi apa yang berlaku pada beliau??, beliau terus bersabar dan Allah puji beliau atas kesabarannya, ” Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dia sebaik-baik hamba. Sungguh dia sangat taat (kepada Allah)”. Sad:44. Bersama pujian itu, Allah mengembalikan kepadanya kesihatan, mengurniakan beliau anak yang ramai, maka benarlah janji Allah disebalik kesulitan itu terselit seribu kemudahan, tapi ingat!!.. semua ini hanya untuk hambanya yang beriman dan percaya kepada kelebihan dan kasih sayangNya. "Orang yang benar-benar beriman, mereka akan menunggu kelapangan, kemudahan dan kemenangan dari Allah SWT. Mereka takkan berputus asa, tidak merasa lemah, atau bertindak mengikut hawa nafsu sebaliknya mereka sentiasa muhasabah diri di samping kesusahan yang ditempuhi. Mereka juga sering mencari sebab untuk menyelamatkan diri, menyerahkan segala urusan hanya pada Khaliqnya, merasa cukup dengan berada di bawah lindungan Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT bersama dengan orang-orang berbuat kebaikan.

Antara kata2 Mustafa Sodiq Rafie’ -rahimahul Allah-:“Diumpamakan bencana itu dengan sebiji telur, ia memenjarakan isinya, dan Dia menjaganya, memeliharanya dan menolongnya mencapai tahap kesempurnaan, tiada lain baginya kecuali sabar menunggu tempohnya, dan redha untuk sampai kepada ghoyahnya, kemudian dibiayainya telur itu, maka keluarlah satu makhluk darinya”...

Kesimpulannya.. kita harus bykkan bersabar.. dan sentiasa semat didalam hati bahawa setiap ujian atau kesusahan yg kita lalui hanyalah ujian Allah utk memberikan kita kesenangan.. dgn syarat kita perlu bersabar... seperti dijanjikan Allah dalam Surah At-Talaq (ayat 7):"Allah akan memberi kelapangan selepas kesempitan”. Talaq:7. Hayatilah dan renung2kan makna ayat ini..supaya kita merasai ketenangan jiwa ketika menghadapi kesusahan. Renung-renungkan... 




-with love-
AJ


BOUTIQUE QUALITY BAG UNTUK HARI RAYA 2023

Assalamualaikum dearies...  Ramadhan mubarak....  Mesti semua dah terfikir-fikir "macam mana laa sambutan raya aku tahun ni kan...?&quo...